PERCERAIAN DI ERA PANDEMIK COVID-19
Penulis: Muhammad Safwan Harun, dkk., Abdul Karim Ali, Raihanah Haji Azahari, Azizi Che Seman, Aminun Nabil Ahmad Syahir
Editor: M. Yaser Arafat
Layout: Effendi Chairi
Desain Cover: Alisha N.
Jumlah Halaman dan Ukuran: xxiv-142 hlm, 14 x 20 cm
Cetakan Pertama, Januari 2025
Sipnosis
Pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar terhadap struktur keluarga, yang memperlihatkan peningkatan kes perceraian disebabkan oleh pelbagai masalah seperti tekanan kewangan, kesihatan mental, dan ketegangan hubungan. Buku ini telah memberikan fokus kepada peranan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam menangani isu perceraian, di mana JAWI sebagai penyedia sokongan dan intervensi melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga memberikan khidmat runding cara dan bantuan kepada pasangan berisiko bercerai.Melalui analisis intensiti faktor perceraian, buku ini memetakan punca-punca utama yang membawa kepada perceraian di Wilayah Persekutuan, mengaitkan faktor-faktor sosial, psikologi, dan ekonomi dengan situasi semasa pandemik. Penulis juga menyoroti bagaimana perubahan sosial dan tekanan- pandemik memburukkan masalah dalaman keluarga yang akhirnya mendorong kepada perceraian.Sebagai rumusan, buku ini memberikan wawasan mendalam tentang impak pandemik Covid-19 terhadap institusi keluarga dan perceraian di Wilayah Persekutuan secara berfokus. Ianya membantu pembaca dalam memahami kesan krisis global kepada institusi keluarga, yang menyebabkan peningkatan kes perceraian. Dari konteks sebuah negara, buku ini mengingatkan betapa pentingnya usaha kolektif dalam menjaga keharmonian keluarga, serta perlunya pendekatan proaktif dalam menangani krisis rumah tangga ke arah pembentukan Masyarakat MADANI.