JEJAK PEMIKIRAN AKIDAH TUAN MINAL

JEJAK PEMIKIRAN AKIDAH TUAN MINAL

Penulis: Pauzi bin Yusoff, Mohd. Fauzi bin Hamat, Mohamad Azrien bin Mohamed Adnan

Penyunting: Ust. Guntur Al Farouq

Proofreader: Hj. Mohd. Shah Abdullah

Desain & ilustrator Cover: Muh. Awaludin

Perwajahan Isi: @alizuhdi

Yogyakarta: Suka Press, April 2025

Jumlah Halaman & ukuran: xii+120 hlm; 15,5 x 23 cm

ISBN :

Penerbit: SUKA Press Yogyakarta

 


Sipnosis

Bidang akidah merupakan tunjang utama dalam Islam. Namun, ramai  dalam  kalangan  masyarakat  kita  kurang  mengenali tokohtokoh  terdahulu  yang  telah  menyumbangkan  khazanah pemikiran besar dalam bidang ini. Tuan Minal, seorang tokoh tersohor  tetapi  jarang  disebut  dalam  wacana  arus  perdana, merupakan  salah  seorang  yang  gigih  memperjuangkan  ilmu akidah  menerusi  penulisan  kitab-kitab  turath  atau  yang  lebih dikenali sebagai kitab Jawi kuning di Nusantara.

Buku ini juga merupakan salah satu usaha untuk mengangkat kembali pemikiran tokoh-tokoh Nusantara yang sering tersisih di celah-celah keagungan ilmuwan dunia Islam lain. Nama Tuan Minal, bersama usaha gigih beliau, harus dikenang dan dipelajari, bukan hanya sebagai sejarah tetapi sebagai inspirasi bagi umat hari ini. Beliau ialah bukti bahawa tanah Nusantara juga telah menyumbangkan pemikir-pemikir besar dalam mempertahankan akidah Islamiah.