Tuntutan Selepas Perceraian Wanita Islam Selatan Thailand
Penulis: Mahamatayuding Samah dan Raihanah Hj Abdullah
Editor: M. Yaser Arafat
Layout: Effendi Chairi
Tahun: Cetakan Pertama, Juli 2025
Ukuran dan Jumlah Halaman: 15 x 23 cm; x-346 hlm
Penerbit: SUKA-Press
Sipnosis:
Buku ini disusun dalam bentuk yang sistematik dan mudah difahami, sesuai untuk dijadikan bahan rujukan oleh pelajar universiti, ahli akademik, dan pengkaji yang memfokuskan kajian mereka mengenai minoriti Muslim di Selatan Thailand. Kandungan buku dimulakan dengan pengenalan yang membincangkan kedudukan wanita dalam Islam, diikuti lima bab utama. Bab pertama membincangkan hak material wanita yang diceraikan menurut hukum syarak, manakala Bab kedua mengupas hak bukan material mereka. Bab ketiga dan keempat masing-masing membincangkan Undang-Undang Keluarga Islam di Selatan Thailand serta tuntutan undang-undang Islam di wilayah tersebut. Bab kelima pula merumuskan keseluruhan perbincangan.
Buku ini juga memuatkan analisis kes-kes perundangan yang diputuskan oleh mahkamah, Kadi Syarie, dan Dato' Yuttitam. Antara kes yang dibincangkan termasuk tuntutan nafkah, perceraian melalui fasakh dan ta'lik, mahar, serta harta sepencarian. Kebanyakan kes ini diperoleh daripada fail-fail rasmi yang diizinkan untuk dírujuk oleh Dato' Yuttitam dan Pendaftar Majlis Agama Islam Wilayah di Pattani, Yala, dan Narathiwat.
Buku ini diharapkan dapat menjadi rujukan penting dalam memahami pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam di Selatan Thailand, khususnya berkaitan hak wanita selepas perceraian. Dengan penyusunan yang sistematik dan penggunaan sumber yang sahih, diharapkan ia dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam bidang ini.