Perkembangan Ilmu Taranum Al-Quran dan Metodologinya di Malaysia

Judul; Perkembangan Ilmu Taranum Al-Quran dan Metodologinya di Malaysia
Nama Penuli; Khalid Isa
Editor; Bernando J. Sujibto
Ukuran buku; 13x20 cm
Jumlah halaman; 184 halaman
Cetakan Pertama; Juli 2026

Sinopsis;
Ilmu taranum al-Quran di Malaysia telah melalui perjalanan yang panjang sejak kedatangan Islam ke rantau Nusantara, berkembang daripada tradisi di surau dan pondok hingga menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan formal yang diiktiraf. Seni bacaan berlagu ini bukan sahaja memperindah penghayatan kalam Allah, tetapi turut menjadi medan dakwah dan penyatuan masyarakat. Kejayaan qari dan qariah Malaysia menjuarai pertandingan di peringkat antarabangsa adalah bukti bahawa negara ini bukan sekadar penerima, malah penyumbang penting kepada khazanah seni bacaan al-Quran dunia.


Buku ini diharapkan dapat menjadi rujukan komprehensif bagi pelbagai lapisan pembaca, para penyelidik, sarjana yang mengkaji perkembangan ilmu bacaan al-Quran, pelajar yang mendalami bidang qira’at dan seni taranum serta masyarakat umum yang ingin memahami sejarah dan kaedah pengajaran seni bacaan al-Quran di Malaysia.